
salam sejahtera,
Kepada semua pengguna blog ini adalah dinasihatkan kepada anda supaya mengregister nickname anda jika anda ingin menggunakan kemudahan shoutbox di ruangan chit- chat.
Ini kerana kami menerima rungutan daripada blogger yang lain dimana berlaku penyamaran nickname dan menimbulkan kesulitan kepada tuan punya nickname.
Adalah dinasihatkan juga agar anda menjaga tatatertib dan perilaku anda sepanjang anda menggunakan ruangan chit chat dilarang sama sekali anda menggunakan bahasa yang kurang sopan, menyentuh sensitiviti yang melibatkan agama, perkauman dan juga politik dan lain lain lagi yang boleh mencemar reputasi blog ini.
Perlu diingatkan sekali lagi bahawa kewujudan blog ini adalah untuk merapatkan kembali rakan rakan sekolah kita dan saling bertukar pendapat antara satu sama lain bukan medium untuk sebarang sebarang aktiviti yang melibatkan kepentingan diri masing masing. Terima kasih atas sumbangan anda dan kami mengharapkan sekali lagi agar rakan rakan yang lain dapat melibatkan diri samaada menjadi followers blog ini ataupun mengikuti blog ini secara tidak langsung. Kepada yang sudah menjadi followers tahniah diucapkan dan sebarang perkembangan terkini akan diupdate oleh moderater di blog ini.
Akhir kata sekali lagi diingatkan kepada pengguna ruangan chit chat gerak geri anda sentiasa diperhatikan dan kami tidak akan teragak agak untuk banned anda dari blog ini sekiranya kami dapati anda melanggar pantang larang sepanjang anda mengakses blog ini.
Kepada moderator yang lain- mane pergi perkembangan terkini?
Sekian terima kasih,
Mr OnEtHiRD![]()
Monday, April 20, 2009
Dengar sini semua orang kampung!
Posted by -Tukang Edit- at 10:06 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
nak register di mana yek?..
pastu ... ader org dah register gune pakai nick aku... bleh kasi sepak tak itu orang!!
sila baca update blogger yang terkini
Post a Comment