Semasa Kecil dipelihara olehdatuk dan neneknya. Setelah datuk dan neneknya meninggal dunia, beliau dipelihara semula oleh ayah dan ibunya yang berada di Indonesia.
Beliau berkahwin dengan Datin Hajah Norkiah bte Hashim pada tahun 1936 di Sumatera Barat, Indonesia dan dikurniakan 5 orang cahaya mata perempuan. Sekembalinya beliau ke Kg. Baru, Alor Gajah, beliau terus aktif dalam bidang politik. Beliau aktif dalam gerakan menentang Malayan Union.
Beliau dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka yang ketiga pada tahun 1967 hingga tahun 1972. Namanya diabadikan sebagai nama sekolah ini bagi menggantikan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Gajah di atas permintaan pihak sekolah dan ahli masyarakat sekeliling. Akhirnya, nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Dato Haji Talib Karim pada
tahun 1969.


5 comments:
ni mane ler ngko dapat salatussalatin DHTK nih confirm cut and paste tp kira bagus ler at least tau gak sejarah walaupun time sejarah buku jer kat atas meja owner dia hilang pi kantin
hahaha...pastikan yg nie xde copyright...klu x psal2 kene saman...kikiki
yela tue..korang berdua nie bukan nye leh pakai sgt...
testing
nanti boleh cari senior aku kat ting 6 dulu (1999). lost contact...
Post a Comment