
Salam sejahtera,
Disini ditunjukkan beberapa cara untuk anda mengregister nickname anda di ruangan chit chat (shoutbox). Anda diberi pilihan untuk mengregister nickname anda atau pun anda boleh login as guest di ruangan shoutbox tersebut (dalam erti kata lain tak register pun takper kalau nak chat)
antara kelebihan apabila anda register:
1. Tiada masalah timbul apabila ada orang lain sewenang- wenangnyer menggunakan nickname anda bagi tujuan mengabui pihak lain seperti yang terjadi kebelakangan ini.
2. pihak admin boleh mengenalpasti siapa yang buat kerja tak senonoh ini dan berhak banned mereka dari blog ini.
3. privasi anda terjamin kerana hanya anda sahaja yang mempunyai password untuk nickname yang anda pilih tersebut.
Cara untuk mengregister nickname anda
pergi ke ruangan chit chat di situ anda klik pada butang "+"
Di ruangan username dan password masukkan nickname yang anda pilih di ruangan username dan masukkan password yang anda rasa sesuai bagi anda. Dan klik pada ruangan register this username.
Setelah selesai proses mengregister nickname anda paparan tersebut akan keluar dimana nickname anda akan dipaparkan diruangan user online.Tekan butang logout untuk keluar.
Bagi mereka yang sudah mengregister nickname anda jika anda ingin melogin kembali nickname anda cuma masukkan sahaja username anda dan password dan kemudian tekan pada butang login.
Bagi mereka yang masih lagi keliru tentang bagaimana untuk mengregister nickname anda boleh menanyakan kepada mereka yang sudah berjaya mengregister nickname mereka di shoutbox tersebut.Adalah diingatkan sekali lagi bahawa anda boleh menggunakan ruangan chat box ini tanpa perlu mengregister nickname dan log sebagai guest anda tetapi jika ada yang menggunakan nickname anda untuk tujuan lain pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas masalah tersebut.
Sekian terima kasih,
Mr.OnEtHIrD
Tuesday, April 21, 2009
Cara mengregister shoutbox
Posted by -Tukang Edit- at 3:51 PM 0 comments
Monday, April 20, 2009
Dengar sini semua orang kampung!

salam sejahtera,
Kepada semua pengguna blog ini adalah dinasihatkan kepada anda supaya mengregister nickname anda jika anda ingin menggunakan kemudahan shoutbox di ruangan chit- chat.
Ini kerana kami menerima rungutan daripada blogger yang lain dimana berlaku penyamaran nickname dan menimbulkan kesulitan kepada tuan punya nickname.
Adalah dinasihatkan juga agar anda menjaga tatatertib dan perilaku anda sepanjang anda menggunakan ruangan chit chat dilarang sama sekali anda menggunakan bahasa yang kurang sopan, menyentuh sensitiviti yang melibatkan agama, perkauman dan juga politik dan lain lain lagi yang boleh mencemar reputasi blog ini.
Perlu diingatkan sekali lagi bahawa kewujudan blog ini adalah untuk merapatkan kembali rakan rakan sekolah kita dan saling bertukar pendapat antara satu sama lain bukan medium untuk sebarang sebarang aktiviti yang melibatkan kepentingan diri masing masing. Terima kasih atas sumbangan anda dan kami mengharapkan sekali lagi agar rakan rakan yang lain dapat melibatkan diri samaada menjadi followers blog ini ataupun mengikuti blog ini secara tidak langsung. Kepada yang sudah menjadi followers tahniah diucapkan dan sebarang perkembangan terkini akan diupdate oleh moderater di blog ini.
Akhir kata sekali lagi diingatkan kepada pengguna ruangan chit chat gerak geri anda sentiasa diperhatikan dan kami tidak akan teragak agak untuk banned anda dari blog ini sekiranya kami dapati anda melanggar pantang larang sepanjang anda mengakses blog ini.
Kepada moderator yang lain- mane pergi perkembangan terkini?
Sekian terima kasih,
Mr OnEtHiRD![]()
Posted by -Tukang Edit- at 10:06 PM 2 comments
Thursday, April 9, 2009
The TT aka Kopi-kopi
Morning fellows,
TT aka Kopi-kopi untuk semua 'pekerja aka orang belakang tabir'
bakal diadakan untuk memastikan stage kedua bagi gathering ini berjalan seperti sepatutnya.
Stage kedua ini akan membincangkan secara lebih terperinci mengenai gathering yang bakal diadakan etc: lokasi bersesuaian, data yang berjaya dikumpul, pembahagian kerja dan sewaktu dengannya. Sebarang cadangan amat-amat digalakkan.
Ms. Hasniza aka Dkniza akan memilih tarikh yang sesuai bagi semua pekerja berkumpul. Sebarang suggestion bagi pilihan tempat yang bersesuaian
(Klang Valley only) amat diperlukan kerana beliau juga agak terhad dan terkeliru untuk membuat pilihan.
Pekerja belakang tadbir yang ‘WAJIB’ hadir adalah seperti nama-nama tersenarai di bawah
1. Dkniza
2. Wakss
3. moonchild
4. Ryn
5. Liuwan99
6. Lady De
7. max_phyne
8. magny_tic (1/2 wajib)
9. Queen (1/2 wajib)
10. Onethird(1/2 wajib)
Bagi followers and kawan-kawan yang lain , yang ingin turut serta di alu-alukan .
Lokais yang dipilih akan di beritahu kelak.
Sebarang info atau pertanyaan , sila emailkan di smkdhtk@gmail.com
Thank you,
-Tukang Edit-
Posted by -Tukang Edit- at 8:02 AM 7 comments
Wednesday, April 8, 2009
NOTIS PENAMATAN – Program Kad Mesra-RealRewards
Untuk makluman anda sahaja...
1 April 2009
NOTIS PENAMATAN – Program Kad Mesra-RealRewards
PELANCARAN Program Kesetiaan PETRONAS Mesra (PETRONAS Mesra Loyalty Programme) yang baru
Pelanggan yang Dihargai,
Kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa kami akan melancarkan Program Kesetiaan PETRONAS Mesra (PETRONAS Mesra Loyalty Programme) yang baru pada 1 Mei 2009, untuk menggantikan program kesetiaan Kad Mesra-RealRewards yang pada masa ini diuruskan oleh Electronic Commerce Technology Sdn Bhd (ECT/RealRewards)
Sehubungan itu, kami ingin memberi notis penamatan program Kad Mesra-RealRewards, di mana Kad Mesra-RealRewards anda tidak lagi akan diterima di semua stesen PETRONAS dan rakan-rakan niaga RealRewards mulai 1 Mei 2009.
Untuk menjadi ahli Program Kesetiaan PETRONAS Mesra yang baru, anda boleh terus mendapatkan kad baru anda dengan mengisi borang permohonan Program Kesetiaan PETRONAS Mesra/Pemindahan/ Penebusan Mata Ganjaran ("Borang Permohonan") di mana-mana stesen PETRONAS mulai 20 April 2009.
Anda juga boleh membuat pilihan berikut bagi memudahkan proses peralihan ke program baru:
Pilihan 1 – Pemindahan Mata Ganjaran
· Pindahkan terus Mata Ganjaran terkumpul anda ke Program Kesetiaan PETRONAS Mesra yang baru; · Hanya Mata Ganjaran yang diperolehi dari stesen PETRONAS sahaja layak untuk dipindahkan ke Program Kesetiaan PETRONAS Mesra yang baru ; dan · Anda hanya perlu melengkapkan Borang Permohonan dan menyerahkannya ke stesen PETRONAS yang berdekatan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2009.
ATAU
Pilihan 2 – Penebusan Mata Ganjaran
· Tebus Mata Ganjaran anda untuk barangan terpilih dari katalog RealRewards dengan melengkapkan Borang Permohonan dan menyerahkannya ke stesen PETRONAS yang berdekatan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2009; atau · Tebus Mata Ganjaran anda untuk barangan yang terdapat dalam katalog RealRewards melalui rangkaian penebusan RealRewards di bawah selewat-lewatnya pada 31 Mei 2009: Ø Laman web RealRewards di www. realrewards.com.my; atau Ø Talian Khidmat Pelanggan RealRewards melalui 03 – 8023 2626. · Baki Mata Ganjaran anda (jika ada) tidak akan dipindahkan ke Program Kesetiaan PETRONAS Mesra yang baru. Anda adalah dinasihatkan untuk menebus kesemua Mata Ganjaran anda.
Sila maklum, bahawa pilihan-pilihan di atas adalah tertakluk kepada:-
1. Pemberian Mata Ganjaran melalui program Kad Mesra-RealRewards akan berakhir pada 30 April 2009;
2. Mata Ganjaran terkumpul anda akan dilupuskan sekiranya anda gagal menyerahkan Borang Permohonan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2009;
3. Pemindahan Mata Ganjaran adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut:
i) Ketepatan maklumat keahlian yang disahkan oleh ECT/RealRewards;
ii) Mata Ganjaran yang didapati tidak sah menurut Terma dan Syarat program Kad Mesra- RealRewards akan dikecualikan; dan
iii) Perkara-perkara lain yang termaktub dalam Terma dan Syarat program Kad Mesra- RealRewards juga akan diguna-pakai.
4. Untuk Mata Ganjaran yang diperolehi daripada mana-mana rakan niaga RealRewards (selain dari PETRONAS), anda boleh memilih untuk memindahkan Mata Ganjaran tersebut kepada ECT/RealRewards dengan menyerahkan borang permohonan Kad RealRewards kepada ECT/RealRewards selewat-lewatnya pada 31 Mei 2009. Mata Ganjaran tersebut akan dilupuskan sekiranya anda gagal menyerahkan borang permohonan tersebut sebelum tarikh di atas. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan RealRewards melalui 03 – 8023 2626; 5. Sila beri tempoh sekurang-kurangnya sembilan puluh (90) hari dari tarikh penyerahan borang untuk proses pemindahan Mata Ganjaran. Mata Ganjaran yang dipindahkan tidak boleh ditebus sepanjang tempoh masa tersebut. Untuk makluman, Program Kesetiaan PETRONAS Mesra yang baru ini adalah hakmilik PETRONAS Dagangan Berhad sepenuhnya dan tidak mempunyai sebarang kaitan atau hubungan dengan ECT/RealRewards atau mana-mana pihak ketiga.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 1 300 22 8888.
Akhir sekali, kami ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda selama ini.
Sekian, terima kasih.
Posted by -Tukang Edit- at 10:44 AM 9 comments
Tuesday, April 7, 2009
Dengar sini semua orang kampung!

Salam sejahtera pada semua,
Terima kasih kerana sudi mengakses ke laman blog ini sehingga kini penerimaan yang kami terima amat menggalakkan dan kami masih lagi mengharapkan agar rakan rakan yang lain dapat menjadi sebahagian dari followers blog ini. Kami masih lagi dalam proses mengumpul database rakan rakan seperjuangan yang lain dan masih memperbaiki blog ini bagi memuatkan segala maklumat yang diperlukan bagi memantapkan lagi isi kandungan blog ini.
Buat sementara ini kami masih lagi kekurangan maklumat dari sumber sumber yang ada, jadi sudilah kiranya jika anda mempunyai sebarang maklumat tentang rakan rakan yang lain dan anda boleh mengirimkan maklumat tersebut ke e-mail kami di smkdhtk@gmail.com (segala maklumat peribadi akan dirahsiakan)
Buat permulaan ini kami menerima rungutan dari followers kerana ada diantara mereka yang masih belum mengenali antara satu sama lain (maklumler dulu time sekolah lain dah besar panjang nih lain) so sekiranya anda berminat untuk menghantar butiran diri anda, gmbr, ataupun sebarang info bolehlar e-mail kepada kami (hanya yang maklumat berkenaan sahaja akan disiarkan)
Seperti contoh:
Gambar dahulukala

Gambar Sekarang
Kami masih lagi mengumpul followers dan maklumat yang lain sebelum kita ke peringkat membincangkan di mana perjumpaan (gathering) akan dibuat kerana kami memerlukan idea dan pendapat dari rakan rakan yang lain sebelum keputusan muktamad akan dibuat. Buat sementara ini hebah hebahkan tentang blog ini kepada rakan rakan kita yang lain bagi memudahkan mereka mengikuti segala perancangan yang akan dibuat
Sekian terima kasih,
p/s: azwan sori arr aku terpaksa guna gak gambar tue sebab dah takde bahan lagi dah nak diletak. Untuk mereka yang gemar menggunakan shoutbox sila jaga tingkah laku anda sebab anda sentiasa diperhatikan. - Mr OnEThiRd
Posted by -Tukang Edit- at 7:46 PM 5 comments
Monday, April 6, 2009
Ex - 5e2
guys... ni gambar untuk korang tatap mane ler tau kot kot lupa plak mane satu kawan lama
but ni gambar kelas for 5e2 so kalau ade lagi serpihan gambar yang korang ade dalam simpanan so plz e-mail to our e-mail untuk di postkan kat blog nih.
gambar satu kelas
gambar pang yeng peng birthday
gambar .... gambaran :)
thanks for mr.azwan yang tak tau ler mane dia dapat gambar nih. so guys so far ni jer gambar yang baru disubmit dan kami masih menanti uploader yang lain yang sudi nak post gamabr kat sini. - Mr OnEtHiRd

Posted by -Tukang Edit- at 8:52 PM 7 comments
Saturday, April 4, 2009
WELCOME
Selamat pagi and selamat sejahtera,
Buat para mantan SMKDHTK yang semua umumnya first time melayari blog ni,
anda bolehlah mendaftarkan diri sebagai follower dengan
mengikut langkah-langkah yang dinyatakan dibawah.
- Go and click 'follow' button
- Choose only 1 out of 3 different account that you have the access for register.
- 'continue with ___' will appear, just click continue button
- Ta daaa..., now you already one of follower for this blog.
- Make sure you edit your profile, and forget not to put on your D.O.B and email address.
- Anything additional, it up to individual.
Feel free to join ' jom chit chat column'
Anda juga boleh menghantar sebarang komen, isu & info terkini,
gambar dan sebagainya untuk tatapan bersama di smkdhtk@gmail.com
Posted by -Tukang Edit- at 9:24 AM 0 comments
Thursday, April 2, 2009
Salahsilah Dato Haji Talib Karim
Semasa Kecil dipelihara olehdatuk dan neneknya. Setelah datuk dan neneknya meninggal dunia, beliau dipelihara semula oleh ayah dan ibunya yang berada di Indonesia.
Beliau berkahwin dengan Datin Hajah Norkiah bte Hashim pada tahun 1936 di Sumatera Barat, Indonesia dan dikurniakan 5 orang cahaya mata perempuan. Sekembalinya beliau ke Kg. Baru, Alor Gajah, beliau terus aktif dalam bidang politik. Beliau aktif dalam gerakan menentang Malayan Union.
Beliau dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka yang ketiga pada tahun 1967 hingga tahun 1972. Namanya diabadikan sebagai nama sekolah ini bagi menggantikan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Gajah di atas permintaan pihak sekolah dan ahli masyarakat sekeliling. Akhirnya, nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Dato Haji Talib Karim pada
tahun 1969.
Posted by -Tukang Edit- at 12:15 PM 5 comments

