Tuesday, August 25, 2009

Selamat Berpuasa

Salam sejahtera semua..
dan selamat berpuasa bagi semua yang berpuasa.
Sempena Ramadhan mulia ini, marilah kita semua warga SDHTK saling bermaafan walaupun dari jauh dan via internet sahaja. Halalkan semua kesilapan dan makan minum sepanjang persahabatan.

Disebabkan semua admin yang moderate untuk blog ini agak
kesibukan kebelakangan ini atas pelbagai sebab, maka kesemua isu-isu atau gambar-gambar juga telah lambat diupdate k blog.

Pada 16-August yang lalu , sepatutnya diadakan satu Hi-Tea di Restoran Puteri TTDi, namun disebabkan tiada sebarang feedback dari semua yang sepatutnya memberi feedback, Hi-Tea itu tak dapat dijalankan.

Memandangkan kesemua event yang kami , pihak terlibat rancang tidak mendapat sebarang sambutan mungkin kerana tiada rasa minat atau langsung tidak mahu memberi kerjasama atau kesibukan maka memang agak sukar untuk memastikan yang gathering yang dirancang berjaya dilaksanakan.

Buat masa sekarang tiada sebarang updated feedback serta tiada sebarang usul yang telah dikeluarkan. Jika sekiranya tiada sebarang feedback sehingga akhir syawal , maka dengan rasminya , gathering yang dirancang akan dibatalkan .
Diharap semua pihak berpuas hati dan jika ada sebarang photo atau info yang hendak dikongsi bersama , teruskan menghantar ke smkdhtk@gmail.com

Dan bagi sesiapa yang ada Facebook account, anda juga bleh join group SDHTK Alumni dan alumni smkdhtk bagi meramaikan lagi groups bekas-bekas SDHTK.

Wedding updated yang terbaru diupdate adalah dari
Mrs.Nini dari kelas 5e2 (gambar dikirim via email by Mrs.Shariza@ iza 5e2)
diikuti oleh En. Rambo (sorry , x diinform nama sebenar) yang berlangsung
pada 28/feb/2009 yang lalu
Kemudian diikuti Mrs. Farah Rahman (bekas pelajar RKA) dengan hubbynye Mr.Reyza Razis pada 31-Mei-2009 dan terakhir sekali
Mrs. Mumtaz Begum dan hubby pada 2008 yang dikirim oleh Mr. Zaifan.

Sekali lagi atas kesibukan , tiada sebarang caption dapat disertakan namun harap dapat menikmati gambar-gambar indah dan menarik dari semua pasangan mempelai.
Didoakan semoga kebahagian berkekalan selamanya bersama pasangan.

Sekian Terima Kasih.

0 comments: