Thursday, June 25, 2009

Poll Vote

Photobucket

Salam sejahtera diucapkan, ribuan terima kasih diucapkan kepada followers yang telah sudi untuk vote di ruangan yang disediakan di blog ini untuk memudahkan lagi urusan perjalanan gathering yang bakal dianjurkan kelak. Terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang dilantik yang terus bekerja keras untuk memastikan perbincangan yang lepas terus berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan. Masih ada rungutan yang diterima ada diantara ahli jawatankuasa yang dilantik masih belum menunjukkan sebarang perkembangan yang terkini mungkin kerana ada diantara mereka jadual kerja dan komitmen yang begitu ketat menyukarkan mereka untuk terlibat secara langsung dan tidak langsung tetapi pihak kami masih mengharapkan kerjasama dari pihak yang dilantik memandangkan semua ini dibuat atas nama sukarela dan dengan tujuan asal ingin mengumpul rakan rakan lama demi untuk mengeratkan lagi persahabatan di antara kita.

Disini disertakan sekali lagi nama nama ahli jawatankuasa yang terlibat dalam alumni smkdhtk batch 1995-1999 untuk makluman semua pihak dan jika ada sebarang bantahan atau maklumat yang ingin disampaikan anda boleh terus merujuk kepada ahli jawatankuasa tersebut ataupun melalui e-mail


Pengerusi- Edywarman B. Taher


Naib Pengerusi- Ahmad Taufik B. Mohd Sharif


Setiausaha- Hasniza Ramli


Bendahari- Dede Rofiqah/Roszairinee


Urusetia- Rosfaizah/ Khairul/ Zaifan/ Khairul Azhar/ Roy


Ketua AJK- Siti Zubaidah


AJK setiap kelas- (5e1-5e6, EX-SDHTK)


i. 5E1- Yaty


ii. 5E2- Dede Rofiqah/ Azwan


iii. 5E3- Ainnur nazera/ Roy/ Taufik Ghani


iv. 5E4- Aidilfitri/ Azlin


v. 5E5- Masih belum dikenalpasti


vi. 5E6- Masih belum dikenalpasti


Maklumat tersebut juga anda boleh perolehi melalui edaran e-mail yang selalu difowardkan kepada anda.Di sini pihak kami ingin mengalukan kedatangan beberapa followers baru yang sudi menerjah blog ini untuk mendapatkan maklumat para sahabat lama dan berkongsi maklumat sesama kita.

Akhir kata teruskan untuk mengundi sehingga tarikh tutup kerana setiap undian anda berguna pada kami untuk mengumpul sejumlah maklumat yang diperlukan untuk pihak kami pergi ke peringkat seterusnya untuk membincangkan perkara lanjut mengenai gathering ini.Sedikit sumbangan anda amat berguna pada kami dan kami amat menghargainya dan jangan lupa untuk mengwar-warkan kepada rakan kita yang lain mengenai perjalanan blog ini dan jangan lupa untuk menyertai kami sebagai followers kerana buat masa ini jumlah followers kurang dari jangkaan yang ditetapkan.

Yang menulis,

Mr OnEthIrD



1 comments:

DKniza said...

wehh akO secretary kee..?? mana cukKOp masa nak handLe..? pass kat org lain bole..? tQ!