Salam sejahtera diucapkan, ribuan terima kasih diucapkan kepada followers yang telah sudi untuk vote di ruangan yang disediakan di blog ini untuk memudahkan lagi urusan perjalanan gathering yang bakal dianjurkan kelak. Terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang dilantik yang terus bekerja keras untuk memastikan perbincangan yang lepas terus berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan. Masih ada rungutan yang diterima ada diantara ahli jawatankuasa yang dilantik masih belum menunjukkan sebarang perkembangan yang terkini mungkin kerana ada diantara mereka jadual kerja dan komitmen yang begitu ketat menyukarkan mereka untuk terlibat secara langsung dan tidak langsung tetapi pihak kami masih mengharapkan kerjasama dari pihak yang dilantik memandangkan semua ini dibuat atas nama sukarela dan dengan tujuan asal ingin mengumpul rakan rakan lama demi untuk mengeratkan lagi persahabatan di antara kita.
Disini disertakan sekali lagi nama nama ahli jawatankuasa yang terlibat dalam alumni smkdhtk batch 1995-1999 untuk makluman semua pihak dan jika ada sebarang bantahan atau maklumat yang ingin disampaikan anda boleh terus merujuk kepada ahli jawatankuasa tersebut ataupun melalui e-mail
Pengerusi- Edywarman B. Taher
Naib Pengerusi- Ahmad Taufik B. Mohd Sharif
Setiausaha- Hasniza Ramli
Bendahari- Dede Rofiqah/Roszairinee
Urusetia- Rosfaizah/ Khairul/ Zaifan/ Khairul Azhar/ Roy
Ketua AJK- Siti Zubaidah
AJK setiap kelas- (5e1-5e6, EX-SDHTK)
i. 5E1- Yaty
ii. 5E2- Dede Rofiqah/ Azwan
iii. 5E3- Ainnur nazera/ Roy/ Taufik Ghani
iv. 5E4- Aidilfitri/ Azlin
v. 5E5- Masih belum dikenalpasti
vi. 5E6- Masih belum dikenalpasti
Akhir kata teruskan untuk mengundi sehingga tarikh tutup kerana setiap undian anda berguna pada kami untuk mengumpul sejumlah maklumat yang diperlukan untuk pihak kami pergi ke peringkat seterusnya untuk membincangkan perkara lanjut mengenai gathering ini.Sedikit sumbangan anda amat berguna pada kami dan kami amat menghargainya dan jangan lupa untuk mengwar-warkan kepada rakan kita yang lain mengenai perjalanan blog ini dan jangan lupa untuk menyertai kami sebagai followers kerana buat masa ini jumlah followers kurang dari jangkaan yang ditetapkan.
Yang menulis,
Mr OnEthIrD
